Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

14 maut dalam rempuhan di sebuah masjid China

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

14 maut dalam rempuhan di sebuah masjid China

Jan 06, 2014 | 02:47 PM

BEIJING: Seramai 14 orang maut dan 10 lagi cedera dalam kejadian rempuhan pada satu majlis di sebuah masjid di wilayah Ningxia, yang terletak di bahagian barat laut China, lapor sebuah media tempatan, hari ini.

Rempuhan terbabit berlaku pada 1 tengah hari semalam ketika makanan tradisional diagihkan kepada orang ramai yang menghadiri majlis kematian seorang pemimpin agama di situ, kata laporan agensi berita rasmi Xinhua News sambil memetik para pegawai pemerintah setempat.

Mereka yang mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital termasuk empat orang yang dilaporkan dalam keadaan kritikal, kata laporan ringkas itu.

Satu siasatan ke atas punca kejadian rempuhan di masjid Xiji itu, yang terletak sekitar 280 kilometer ke selatan Yinchuan, yang juga ibu kota wilayah Ningxia, sedang dijalankan. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3