Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

15 cebisan mayat bayi ditemui di loji kumbahan Johor

May 18, 2015 | 03:01 PM



JOHOR BAHRU: Lima belas cebisan mayat bayi tanpa kepala dijumpai dalam loji kumbahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Penolong Pesuruhjaya Mohd Khamsani Abdul Rahman ketika memaklumkan kepada wartawan hari ini, berkata cebisan mayat berkenaan ditemui sekumpulan pekerja pembersihan loji kumbahan tersebut pada jam 10.30 pagi ketika mereka sedang menjalankan tugas.


"Ketika sedang membersihkan kawasan itu, mereka ternampak beberapa objek yang mecurigakan tersangkut di perangkap sampah. Selepas dikumpulkan didapati ia adalah cebisan mayat dipercayai mayat seorang bayi," jelasnya, lapor Astro Awani hari ini.


Perkara itu kemudian dimaklumkan kepada pihak polis kira-kira jam 1:30 petang semalam untuk tindakan lanjut.


Setakat ini polis telah mengumpulkan 15 keratan badan termasuk bahagian kaki dan tangan bayi terbabit.


Manakala kepalanya masih belum ditemui.


Encik Mohd Khamsani menegaskan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti wanita yang baru melahirkan anak di kawasan perumahan itu serta klinik berdekatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >