BANGKOK: Sekitar 15,000 polis dan askar akan dikerahkan di sekitar ibu kota Thailand minggu depan sebagai persiapan bagi rancangan para penunjuk perasaan "menutup" Bangkok dalam satu percubaan mengguling kerajaan, menurut para pegawai semalam.
Perdana Menteri, Cik Yingluck Shinawatra, telah mengumumkan satu pilihan raya bulan depan menyusuli bantahan pembangkang di jalanan sejak beberapa minggu lalu.