Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

16 wanita, kanak-kanak maut dirempuh trak

Jul 17, 2018 | 12:18 PM



KARACHI: Sekurang-kurangnya 16 orang maut di selatan Pakistan, hari ini, selepas sebuah trak merempuh bas yang diletakkan di tepi lebuh raya dalam kemalangan terbaharu di jalan raya berbahaya di negara itu.



Trak untuk perjalanan jarak jauh itu merempuh bas terbabit dari belakang, ketika ia diletakkan di tepi lebuh raya kerana tayar pancit di bandar Hyderabad, selatan Pakistan.



Ketika insiden, sejumlah penumpang berada di tepi jalan kerana pemandu meminta bantuan mereka untuk menukar tayar, sementara baki penumpang lain menunggu dalam bas.



"Penumpang wanita dan kanak-kanak di dalam bas paling ramai terjejas akibat nahas ini. Punca kemalangan adalah kelalaian pemandu lori," kata pegawai polis tempatan, Zahid Ali Shah.



Katanya, lapan mangsa lain turut cedera dan pemandu trak terbabit sudah melarikan diri. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >