BAGHDAD: Sebuah mahkamah Iraq menjatuhkan hukuman mati ke atas 16 wanita Turkey kerana menyertai kumpulan pengganasn IS, kata seorang jurucakap badan kehakiman kelmarin.
Mahkamah jenayah pusat itu menjatuhkan hukuman tersebut "selepas terbukti mereka tergolong dalam kumpulan pengganas IS dan selepas mereka mengakui berkahwin dengan unsur IS atau menyediakan anggota kumpulan itu bantuan logistik atau membantu mereka menjalankan serangan pengganasan," kata Hakim Abdul-Sattar al-Birqdar.