Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

17,000 terkandas di Lapangan Terbang Narita akibat Ribut Tropika Faxai

Sep 10, 2019 | 05:59 PM



TOKYO - Lebih 17,000 penumpang terkandas di Lapangan Terbang Narita, menurut seorang pegawai lapangan terbang pada Selasa (10 September), selepas Ribut Tropika Faxai membadai Tokyo. 



Ribut Tropika Faxai telah menyebabkan lebih 100 penerbangan dibatalkan, sementara jalan raya dan landasan kereta api terjejas teruk.



Jurucakap Lapangan Terbang Narita, Encik Kei Miyahara, memberitahu Agence France-Presse (AFP) bahawa 16,900 penumpang terkandas di lapangan terbang itu pada tengah malam (10 September).



"Penumpang kini sudah mula pulang ke rumah atau ke destinasi tujuan mereka kerana perkhidmatan bas dan kereta api sudah kembali pulih," kata Encik Miyahara.



Lapangan Terbang Narita, yang terletak di daerah Chiba di timur Tokyo, dibadai angin sekencang 207 kilometer sejam.



Lapangan terbang itu berkata ia telah menyediakan 2,000 botol air, 19,000 beg makanan ringan dan 18,000 katil gulung kepada penumpang yang terjejas. -Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >