Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

$18 bilion untuk Ramadan dan Raya

Jun 18, 2018 | 05:30 AM



JAKARTA: 188.2 trilion rupiah, atau kira-kira $18 bilion. Itulah jumlah wang tunai kertas yang disediakan oleh bank pusat Indonesia, Bank Indonesia (BI), untuk memenuhi permintaan bagi wang tunai bagi sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, yang jatuh di negara itu Jumaat lalu, tahun ini.



Menurut bank itu dalam laman webnya, keperluan wang tunai rakyat Indonesia sepanjang Ramadan dan Lebaran tahun ini meningkat sebanyak 15.3 peratus daripada Rp163.2 trilion tahun lalu.



Selain memenuhi keperluan wang tunai, BI menyediakan 1,000 titik pengedaran bagi mengedarkan wang tunai tersebut dan pusat pertukaran bagi orang ramai menukar kepada wang pecahan kecil di seluruh negara, termasuk melalui bank bergerak.



Timbalan Gabenor BI, Cik Rosmaya Hadi, berkata bank pusat itu bekerjasama dengan 15 bank milik negara dan swasta untuk mengedarkan wang kertas tersebut melalui titik pengedaran yang ditetapkan di seluruh negara.



"Sekurang-kurangnya terdapat kira-kira 1,000 titik pengedaran wang tunai di seluruh Indonesia," kata Cik Rosmaya, lapor akhbar The Jakarta Post.



Di ibu kota Jakarta sahaja, bank pusat itu menyediakan 160 pusat pengedaran di seluruh Jakarta Raya. Menurut Cik Rosmaya, BI juga bekerjasama dengan 40 institusi bukan bank dan berkepentingan berkaitan, seperti pengendali pajak gadai milik negara, untuk mengagihkan wang kertas itu.



Walaupun pemerintah Indonesia mempromosikan urus niaga tanpa wang tunai, permintaan bagi wang tunai meningkat semasa musim cuti Ramadan dan Aidilfitri setiap tahun.



"Setiap tahun sepanjang lima tahun lalu, penggunaan wang tunai semasa Ramadan dan Aidilfitri membentuk 25 peratus daripada purata penggunaan wang tunai tahunan, manakala penggunaan wang tunai semasa Ramadan dan Aidilfitri meningkat sekitar 13.9 peratus setiap tahun," ujar Cik Rosmaya.



BI menasihatkan orang ramai agar berhatihati dalam melakukan transaksi menggunakan wang tunai dengan meneliti ciri-ciri keaslian wang itu melalui kaedah 3D: Dilihat - pastikan, antara lain, warna wang terang dan jelas dan terdapat benang pengaman; Diraba - angka, gambar dan Lambang Negara Burung Garauda terasa kasar apabila diraba; dan Diterawang - tanda air (watermark) kelihatan apabila wang diterawangkan ke arah cahaya.



Bagi mengekalkan wang agar dalam keadaan baik pula, orang ramai dinasihatkan supaya menjaganya melalui kaedah '5 Jangan': Jangan Dilipat, Jangan Dicoret, Jangan Distapler, Jangan Diramas, dan Jangan Dibasahi.



Untuk mengelakkan orang berulang kali menukar wang ke dalam wang kecil setiap hari, BI mengharuskan setiap pelanggan mencelupkan satu jari mereka ke dalam dakwat bagi menandakan mereka sudah menukar wang mereka.



Antara tradisi keluarga Indonesia semasa menyambut Lebaran ialah memberi hadiah wang tunai kepada kanak-kanak, bonus tunai kepada orang yang bekerja bagi keluarga, dan bonus percutian tahunan dalam bentuk wang tunai kepada pengawal keselamatan dan pekerja lain di kompleks perumahan dan kumpulan kejiranan.



Seorang lagi Timbalan Gabenor BI, Encik Dody Budi Waluyo, meramalkan keputusan pemerintah Indonesia menambahkan cuti bagi Lebaran, dipanggil cuti bersama, akan meningkatkan penggunaan awam yang akan memacu ekonomi negara.



"Jadi lebih banyak wang untuk digunakan, maka kadar penggunaan akan meningkat," kata beliau, lapor Tempo. Co.



Pemerintah Indonesia mengumumkan cuti bersama dari 11 hingga 14 Jun dan 18 hingga 20 Jun, iaitu sebelum dan selepas cuti Lebaran pada 15 dan 16 Jun.



Cuti tambahan itu bertujuan memudahkan keluarga dan sanak saudara berkumpul bagi menyambut Hari Raya dan mengurangkan kesesakan mudik, iaitu perjalanan pulang ke dan balik dari kampung halaman untuk beraya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >