Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

1.8 juta penduduk selatan Johor alami gangguan bekalan air

Air
Oct 28, 2017 | 07:45 PM



JOHOR BAHRU:  Sekitar 1.8 juta penduduk di selatan Johor mengalami gangguan bekalan air besar,  selepas tiga loji rawatan air ditutup kerana tahap ammonia  tinggi dijumpai pada   air mentah dari Sungai Johor.



Operasi di tiga loji rawatan air itu – loji rawatan air Semangar, Sungai Johor dan Tai Hong –  dihentikan pada  Sabtu (28 Okt) selepas tahap ammonia  tinggi direkodkan.



Ketua perhubungan  korporat SAJ Ranhill, Encik Jamaluddin Jamal, berkata penduduk di sekurang-kurangnya tiga daerah, iaitu Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi,  terjejas oleh penutupan tersebut.



Beliau berkata tahap ammonia sebanyak 2.75 bahagian per juta (ppm) yang direkodkan pada  Jumaat malam tidak berkurangan  pada  4.30 petang   Sabtu. Tahap itu lebih tinggi daripada  1.5ppm yang dibenarkan Kementerian Kesihatan.

 “Ini bukan kali pertama tahap ammonia  tinggi  mengganggu bekalan air. Kami telah mencatatkan tiga insiden besar   tahun ini sahaja,” katanya dalam satu kenyataan pada  Sabtu.



Beliau  berkata keadaan itu boleh berpanjangan hingga dua hari, jika paras ammonia tidak berkurangan.



“Kami menggesa orang ramai supaya jangan  panik dan menggunakan air dengan bijak,” katanya, sambil menambah bahawa penduduk  terjejas boleh menghubungi hotline  1800-88-7474 bagi  bantuan. -- The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >