Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

188 beg mayat berisi anggota badan mangsa pesawat Sriwijaya diterima

Jan 19, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Pasukan Mengenal pasti Mangsa Nahas (DVI) Polis dan Pusat Perubatan Indonesia telah menerima 188 beg mayat mengandungi anggota badan mangsa pesawat Sriwijaya Air SJ182 yang terhempas.



"Sehingga 9 pagi kelmarin, kami telah menerima 188 beg mayat," kata Ketua Pemerintah Pasukan DVI, Pesuruhjaya Utama Polis, Encik Hery Wijatmoko, dalam satu sidang akhbar di Hospital Nasional Polis di Jakarta Timur, kelmarin.



Dari 188 beg itu, 162 telah selesai menjalani pemeriksaan urutan, sementara 26 beg lagi masih dikenal pasti oleh pasukan penyiasat.



"Pagi ini (kelmarin), kami menjalankan empat fasa pemeriksaan dengan empat pasukan, selain menjalankan pemeriksaan menggunakan Sistem Identifikasi Jari Automatik," terangnya.



Penyiasat Indonesia berjaya memuat turun data dari perakam pesawat Sriwijaya Air Boeing 737-500, beberapa hari selepas pesawat dengan 62 orang di dalamnya terhempas ke laut.



Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional, Encik Soerjanto Tjahjono dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, semua dalam keadaan baik dan pihaknya sedang memeriksa data.



Alat perakam yang menyimpan maklumat mengenai kelajuan, ketinggian dan arah pesawat itu dapat memberikan petunjuk penting mengapa pesawat itu menjunam dari ketinggian kira-kira 10,000 kaki (3,000 meter) dalam waktu kurang seminit sebelum terhempas di laut di luar Jakarta.



Selain itu, lebih 3,000 orang mengambil bahagian dalam operasi membantu nahas berkenaan serta puluhan kapal dan helikopter terbabit.



Sementara itu, penyelam berjaya membawa perakam data ke permukaan dengan kini memberu tumpuan pada usaha mencari alat perakam suara kokpit di dasar laut yang penuh dengan bangkai pesawat.



Sehingga pagi kelmarin, pasukan penyiasat telah mengenal pasti 24 mangsa nahas menerusi cap jari dan sampel DNA.



Mereka termasuk Okky Bisma, Khasanah, Fadly Satrianto, Asy Habul Yamin, Indah Halimah Putri, Agus Minarni, dan Ricko.



Terdapat juga peninggalan jasad Ihsan Adhlan Hakim, Mia Trasetyani, Yohanes Suherdi, Pipit Priyono, Supianto, Toni Ismail, Dinda Amelia, Isti Yudha Prastika, Putri Wahyuni dan Rahmawati, Makrufatul Yeti, Rosi Wahyuni, Rizki Wahyudi, Nelly, Beben Sopian, Arifin Ilyas dan Arneta Fauzia.



Pesawat Sriwijaya Air Flight SJ182 dalam perjalanan dari Jakarta ke Pontianak pada 9 Januari lalu pada 3.40 petang apabila ia dipastikan terhempas di perairan Kepulauan Seribu.



Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta di Jakarta pada 3.36 petang selepas tertanguh akibat keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, dan seharusnya berlepas pada 2.35 petang itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >