Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

19 maut di Indonesia akibat jerebu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

19 maut di Indonesia akibat jerebu

Oct 29, 2015 | 11:24 AM

KRISIS jerebu rentas sempadan telah meragut 19 nyawa di Indonesia, dengan bayi, remaja dan seorang wanita tua antara yang terkorban.

Menteri Kebajikan Masyarakat Sosial Indonesia, Cik Kofifah Indar Parawansa, berkata pada Rabu (28 Okt) bahawa lapan kematian dilaporkan di Kalimantan dan 11 di Sumatera.

Kesemua mangsa menghidapi jangkitan paru-paru, dipercayai selepas menarik nafas dalam udara toksik di kampung mereka, di mana bacaan Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) kerap mencapai empat angka, lapor akhbar The Straits Times pada Khamis.

Bilangan pesakit yang dirawat bagi penyakit berkaitan jerebu di seluruh dua wilayah itu telah melepasi paras 500,000, dengan 503,874 orang dikatakan mengalami jangkitan pernafasan akut, atau apa yang pihak berkuasa tempatan sebagai Ispa, iaitu infeksi saluran pernafasan atas.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3