Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

2 kakitangan Kedutaan S'pura di Myanmar yang diserang selamat: MFA

May 10, 2023 | 05:30 AM



LABUAN BAJO: Dua kakitangan Kedutaan Singapura di Myanmar dalam konvoi kemanusiaan yang diserang pada Ahad kini berada dalam keadaan selamat, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Jurucakap MFA, yang menjawab pertanyaan media berkata:



"Dua kakitangan Kedutaan Singapura di Yangon sebahagian konvoi itu. Mereka selamat dan telah kembali ke Yangon."



Menurut beberapa media di Myanmar, konvoi itu disertai pegawai dari Singapura dan Indonesia, serta dari Pusat Menyelaras Bantuan Kemanusiaan bagi Pengurusan Bencana Asean (AHA Centre) - entiti berbilang negara yang antara lain menyelaras bantuan kepada negara-negara Asean dan dengan entiti antarabangsa apabila bencana berlaku.



Konvoi itu dalam perjalanan ke Kampung Yayphyu di pekan Hsihseng yang terletak di Negeri Shan, apabila diserang dengan senjata api. Beberapa tembakan mengena konvoi itu, tetapi tiada sesiapa cedera.



Myanmar dibelenggu kemelut politik dan konflik ganas sejak 2021, apabila kuasa tentera atau junta merampas kuasa daripada pemerintahan Cik Aung San Suu Kyi.



Pemerintah Perpaduan Myanmar (NUG), yang dibentuk beberapa wakil dari parti politik Liga Nasional bagi Demokrasi - bekas parti pemerintah yang diusir junta - juga telah mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan ke atas konvoi diplomatik itu.



Ia berkata serangan tersebut, yang berlaku dalam kawasan yang dikuasai junta, tidak dilakukan atas arahannya atau rakan kongsi lain.



Kededua Indonesia dan Singapura telah mengutuk serangan tersebut.



Jurucakap MFA berkata adalah genting untuk mempertahankan keselamatan kakitangan kemanusiaan dan diplomatik, demi memastikan mereka boleh meneruskan operasi masing-masing dan memberikan bantuan sewajarnya kepada mereka yang memerlukan bantuan tersebut.



Beliau turut menggesa semua pihak di Myanmar agar berhenti menggunakan keganasan, selaras dengan Persetujuan Lima Perkara yang dilakar Asean pada April 2021.



Buat masa ini, Myanmar masih belum melaksanakan persetujuan itu yang turut memperuntuk bantuan kemanusiaan bagi rakyat Myanmar.



"Hanya dialog membina antara semua pihak berkepentingan utama di Myanmar boleh mengadakan huraian aman demi kepentingan rakyat Myanmar," ujar beliau.



Bercakap kepada media di sidang media di Labuan Bajo pada Isnin, Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo turut mengutuk serangan ke atas konvoi kemanusiaan itu.



Beliau berkata huraian tidak boleh dicapai menerusi keganasan dan kejadian itu tidak akan melunturkan tekad Indonesia dan Asean untuk menghentikan keganasan di Myanmar.



Labuan Bajo, sebuah pekan kecil di kepulauan Flores di Timur Indonesia adalah tuan rumah bagi Sidang Puncak Asean ke-42 yang berlangsung 10-11 Mei.



Encik Joko Widodo, yang juga dikenali sebagai Encik Jokowi berkata kumpulan kemanusiaan yang terlibat dalam serangan itu sedang dalam perja,lanan menyerahkan bekalan apabila kejadian itu berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >