Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

2 maut, 850,000 dipindahkan dek banjir kilat di selatan Jepun

Aug 28, 2019 | 05:23 PM



TOKYO - HUJAN lebat yang mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di Pulau Kyushu di selatan Jepun pada Rabu (28 Ogos), telah membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan menggesa pihak berkuasa untuk mengeluarkan amaran kecemasan dan menjalankan pemindahan kecemasan kepada hampir 850,000 orang.



Reuters difahamkan keluaran amaran kecemasan ini jarang berlaku.



Seorang lelaki terbunuh apabila keretanya hanyut dibawa hujan dan angin di wilayah Saga, di mana beberapa kawasan dilanda hujan lebih daripada 100mm dalam hanya satu jam.



Seorang lagi lelaki terbunuh apabila beliau hanyut sebaik sahaja beliau keluar dari keretanya.



Seorang wanita juga ditakuti mati selepas kenderaannya termasuk parit yang banjir di bandar Saga, menurut polis.



Rakaman televisyen menunjukkan jalan raya dan stesen kereta api banjir dan orang ramai berjalan dalam air yang tinggi melutut selepas air dari beberapa sungai melimpah keluar.



Pasukan Pertahanan Darat (GSDF) - tentera Jepun - berkata ia telah mengerahkan sekitar 100 pegawai untuk memberi bantuan kecemasan dalam bencana setelah mendapat permintaan dari wilayah Saga.



Pengangkutan awam dan perniagaan turut terjejas.



Agensi meteorologi Jepun mengeluarkan tahap amaran tertinggi iaitu pada tahap kelima, dan telah mengeluarkan amaran kecemasan kepada penduduk di bahagian besar Kyushu utara kerana mereka dilanda hujan yang teramat lebat, yang jarang berlaku.



Amaran tahap teratas (tahap lima) dikeluarkan "jika terdapat kemungkinan berlakunya bencana besar" dan diaktifkan apabila bencana itu diisytiharkan, justeru memberi isyarat kepada orang ramai untuk mengambil langkah melindungi nyawa mereka masing-masing. -Agensi Berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >