Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

2 terbunuh selepas kereta langgar pejalan kaki di bandar Jerman

Dec 01, 2020 | 10:20 PM



BERLIN: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Selasa (1 Dis) selepas mereka dilanggar sebuah kereta di kawasan pejalan kaki di bandar Trier yang terletak di barat Jerman, kata polis.



“Kami telah menangkap satu orang, satu kenderaan telah dirampas.



“Diharapkan orang ramai terus mengelakkan kawasan pusat bandar,” kata polis di Twitter.



Akhbar tempatan Trierischer Volksfreund pula memetik seorang saksi sebagai berkata kereta Range Rover kelabu gelap itu dipandu laju dan pejalan kaki dikatakan tercampak ke udara.



Laporan menyatakan pusat bandar itu telah ditutup dengan rondaan dijalankan helikopter di udara.



Mayor Trier juga telah bergegas ke tempat kejadian, dan dijangka mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi, katanya. - Reuters

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >