Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

20 mangsa terkorban dalam kejadian tembak di kedai Walmart Texas

Aug 04, 2019 | 02:08 PM



EL PASO, AMERIKA SYARIKAT: Sekurangnya 20 mangsa terkorban dan 40 yang lain cedera dalam kejadian menembak di Walmart dan kedai-kedai berhampiran di El Paso, Texas, petang semalam. 


Kejadian tersebut telah menyebabkan keadaan huru hara dan memerlukan tindakan pantas dari pihak polis dan perubatan, menurut pihak berkuasa tempatan dan pegawai pemerintah. 


Sekitar 23 orang masih dirawat di hospital, menurut pihak berkuasa. 


Gabenor Texas telah mengesahkan bahawa 20 orang terbunuh dalam kejadian tersebut. 


Salah seorang pegawai berkata jumlah mangsa yang terkorban dan juga mereka yang cedera akan berubah, dan menyatakan bahawa beberapa mangsa cedera parah. 


Dua pegawai penguatkuasa undang-undang yang mengetahui tentang siasatan itu, dan telah memberi komen tanpa mendedahkan identiti mereka kerana tidak boleh membincangkan siasatan yang sedang dijalankan, mengenalpasti suspek sebagai Patrick Crusius, 21 tahun, dari Dallas. 


Crusius telah ditangkap. 


Selepas berbual dengan gabenor Texas, Presiden Donald Trump menulis di Twitter bahawa “laporan amat teruk, ramai yang terbunuh” manakala beberapa ahli demokrat yang meletakkan harapan untuk menewaskan beliau semasa pilihan raya tahun depan berkata masalah keganasan senjata api harus diatasi. 


Ini merupakan kejadian menembak kedua yang menyebabkan kematian dalam kurang seminggu di kedai Walmart dan menyusuli kejadian menembak beramai-ramai di California hujung minggu lalu. - Agensi Berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >