TRIPOLI: Sebuah bot penuh dengan pendatang, kebanyakan orang Afrika, menuju ke Italy tenggelam di luar pantai Libya semalam dan pegawai berkata hingga 200 orang mungkin terkorban.
Seorang pegawai keselamatan di bandar barat Zuwara, dari mana bot penuh sesak ITU bertolak, berkata terdapat kira-kira 400 orang di atas bot tersebut.
Menjelang lewat petang semalam, pengawal pantai Libya telah menyelamatkan sekitar 201 orang.
Pendatang itu dari Sahara Afrika kecil, Pakistan, Syria, Maghribi dan Bangladesh, kata pegawai keselamatan.
Pengawal pantai Italy, yang menyelaras operasi menyelamat dengan Kesatuan Eropah (EU) di luar pantai Libya, tidak dapat mengesahkan kejadian tersebut.
Pengawal pantai Libya mempunyai keupayaan sangat terhad, mengharapkan hanya bot getah, bot tunda dan kapal nelayan.
Lebih 2,300 orang terkorban tahun ini dalam usaha pergi Eropah dengan menaiki bot, berbanding 3,279 pada keseluruhan tahun lalu, menurut Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi. -Reuters