Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

21 peminjam wang ditangkap dalam serbuan di Johor, banyak sasaran mereka bekerja di S’pura

Sep 16, 2019 | 04:28 PM



JOHOR BARU - Polis telah menangkap 21 orang, termasuk seorang wanita dalam operasi serbuan untuk mengawal kegiatan peminjam wang secara haram di bandar Johor Baru sejak beberapa hari lalu.



Menurut akhbar dalam talian Malaysia, The Star, polis telah merampas beberapa telefon bimbit, komputer, kenderaan, kad ATM, buku bank, poster-poster iklan serta wang tunai dan juga buku akaun yang mengandungi maklumat peminjam haram.



Ia difahamkan bahawa para peminjam wang secara haram kini beroperasi dari kondomonium dan rumah mewah yang terletak di seluruh negeri Johor dan mereka menawarkan khidmat mereka kepada pihak yang terdesak untuk mendapatkan wang tunai dengan cepat.



Kebanyakan sasaran mereka adalah warga Malaysia yang bekerja di Singapura dan setiap pinjaman akan dikenakan kadar faedah sebanyak 24 peratus sehingga 60 peratus setiap tahun. 



Serbuan ini, yang diketuai oleh para pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman serta kerjasama dengan beberapa pihak setempat merupakan operasi serbuan terbesar yang telah berjaya meruntuhkan tiga sindiket pinjaman wang haram di negeri Johor tahun ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >