KULAIJAYA: Seramai 250 anggota polis - 10 pegawai kanan dan 240 anggota pangkat lain - di negeri ini dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan dari Januari sehingga Oktober lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata bagi tempoh yang sama, seramai 47 pegawai dan anggota masih ditahan kerja, lapor Utusan Malaysia semalam.