Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

2,500 hilang akibat Taufan Dorian

Sep 12, 2019 | 02:55 PM



FREEPORT, BAHAMAS - Pemerintah Bahamas berkata pada Rabu (11 September) bahawa terdapat 2,500 nama dalam senarai mereka yang hilang selepas kawasan tersebut dibadai Taufan Dorian. 



Namun senarai itu masih belum disemak dengan nama penduduk yang telah dipindahkan dari pulau yang dibadai taufan itu, atau dengan senarai nama mereka yang kini menempat di tempat perlindungan.



Encik Carl Smith, seorang jurucakap agensi pengurusan kecemasan Amerika berkata, beliau menjangka senarai itu akan menjadi lebih pendek setelah ia disemak kembali. 



Lebih seminggu selepas Taufan Dorian membadai pulau Grand Bahama dan kepulauan Abaco justeru mengakibatkan kemusnahan pada ribuan rumah, jumlah mereka yang terkorban setakat ini adalah 50.



Jumlah ini dijanka akan meningkat kerana usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan.



Menurut laporan Associated Press (AP), walaupun aliran kuasa elektrik sudah kembali pulih di banyak kawasan di Grand Bahama, Encik Smith berkata infrastruktur elektrik di sekitar Marsh Harbour, iaitu bandar terbesar Kepulauan Abaco, rosak teruk akibat Taufan Dorian. -Agensi berita. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >