Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

27 pelajar Tahfiz maut dalam kebakaran di Liberia

Sep 20, 2019 | 09:42 AM



MONROVIA, LIBERIA - Lebih 27 pelajar madrasah tahfiz maut dalam kebakaran yang tercetus dan merebak pantas ketika mereka sedang menghafaz al-Quran pada tengah malam.



Menurut laporan MyMetro, hanya imam madrasah berkenaan dan dua pelajar berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian awal pagi Khamis (19 September), yang dipercayai akibat litar pintas di ibu negara Liberia itu. 



Polis masih mencari mangsa yang terkorban dalam runtuhan sekolah itu, kata jurucakap polis Liberia, Moses Carter.



Seorang guru dari madrasah yang berhampiran, Encik Gaylor Mulbah, berkata: “Saya keluar kerana menyangkakan bunyi bising disebabkan perompak, namun betapa terkejut saya apabila melihat kebakaran besar.”



Encik Mulbah berkata beliau ingin membantu menyelamatkan pelajar yang terperangkap, namun gagal kerana api terlalu tinggi, malah memburukkan lagi keadaan, tingkap madrasah itu ditutup jeriji.



Akibat keadaan kecoh dengan orang ramai lari bertempiaran kerana ketakutan, dan api yang merebak ke beberapa kediaman kecil di sekitar madrasah itu, anggota penyelamat hanya tiba di tempat kejadian selepas tiga jam. -Harian Metro.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >