Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

3 ditangkap di Birmingham ekoran serangan ganas di London: Media

Mar 23, 2017 | 03:18 PM



LONDON - Polis bersenjata telah melancarkan serbuan lewat malam ke sebuah alamat di Birmingham tempat lelaki yang melakukan serangan pengganasan di London dikatakan tinggal, media British melaporkan pada Khamis (23 Mac).



Polis West Midlands merujukkan pertanyaan mengenai operasi di Hagley Road itu kepada Polis Metropolitan, yang enggan mengatakan sama ada ia berkaitan dengan serangan di Westminster pada Rabu, menurut satu laporan portal Metro.co.uk.



Tetapi seorang saksi yang bekerja berdekatan memberitahu Press Association: "Lelaki dari London itu tinggal di sini".



Pegawai menyerbu flat di tingkat dua di atas deretan kedai di Hagley Road sekitar 11 malam, menurut saksi berkenaan.



"Mereka datang dan menahan tiga lelaki," ujarnya.



Salah satu tingkap flat itu ditutupi kadbod. Pegawai tidak beruniform dilihat mengambil kepingan peralatan ke situ.



Ramai lagi pegawai dilihat di luar flat tingkat dua di atas deretatn kedai yang dikepung oleh polis, lapor Sky News.



Beberapa laluan berhampiran ditutup.



Jalan raya di kawasan itu telah dibuka semula tetapi para masih berada di situ.



Lima orang terbunuh dan kira-kira 40 cedera pada Rabu apabila sebuah kereta merempuh pejalan kaki.



Penyerang yang disyaki menikam seorang anggota polis berhampiran Parlimen Britain di Westminster, London. -




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >