Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

3 lagi AP gesa Boris Johnson letak jawatan

Feb 04, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Bantahan pihak Konservatif terhadap Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, semakin meningkat apabila tiga lagi Anggota Parlimen (AP) berkata mereka tidak lagi yakin dengan pemerintahannya selepas berlakunya beberapa pesta di Downing Street semasa perintah sekatan pergerakan.



Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan Dewan Rakyat, Encik Tobias Ellwood, serta dua AP lain, Encik Anthony Mangnall dan Encik Gary Steeter berkata mereka akan menghantarkan surat kepada jawatankuasa berpengaruh 1922 untuk undi menentang kepimpinan Encik Johnson.



Encik Johnson menafikan kritikan berkaitan pentadbirannya dan berkata penting bagi kerajaan meneruskan tugasnya, merujuk kepada rancangan mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi dan usaha mengurangkan ketegangan antara Ukraine dengan Russia.



Dakwaan berterusan berkaitan perhimpunan yang melanggar peraturan, yang diberi nama 'Partygate' oleh media Britain, menjejas prestasi Encik Johnson di kalangan Parti Konservatif, dan agak bahaya bagi Perdana Menteri itu kerana terdapat beberapa anggota parti yang turut menghantar surat.



Jika jumlah surat yang dihantar mencecah 54 - atau 15 peratus daripada AP parti tersebut - ia akan mencetus undi tidak percaya bagi Perdana Menteri itu.



"Saya dapat bandingkan kesengsaraan dan pengorbanan majoriti warga Britain semasa perintah sekatan pergerakan dengan sikap serta aktiviti mereka yang bekerja di Downing Street," kata Encik Streeter dalam satu kenyataan di lamannya.



Setakat ini, sekurang-kurangnya 14 ahli parti Konservatif telah menggesa Encik Johnson agar mengundur diri secara terbuka atau telah menghantarkan surat.



Namun, sebahagian besar yang lain berkata mereka akan menunggu sehingga siasatan polis terhadap 12 perhimpunan itu tamat sebelum membuat keputusan.



Encik Johnson menghadapi beberapa soalan daripada AP pembangkang Rabu lalu mengenai beberapa dakwaan baru semasa sekatan pergerakan.



Menurut laporan media The Telegraph, Encik Johnson dilihat menuju ke arah flatnya pada 13 November 2020 di mana perhimpunan tersebut diadakan, dan kini di bawah siasatan polis.



The Guardian pula melaporkan bahawa beliau telah menghadiri pesta untuk meraikan kakitangan yang meletakkan jawatan pada Januari tahun lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >