Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

$300,000 dari Mindef, SAF bagi Myanmar, Bangladesh

Sep 30, 2017 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pertahanan (Mindef) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan menyumbangkan bekalan bantuan kemanusiaan bernilai $300,000 kepada Bangladesh dan Myanmar.



Bantuan itu adalah untuk masyarakat yang terjejas dalam krisis kemanusiaan di Rakhine, Myanmar, ujar Mindef dalam satu kenyataan semalam.



Mindef berkata tawaran bantuan telah disampaikan kepada pemerintah Bangladesh dan Myanmar.



"Singapura prihatin terhadap keadaan kemanusiaan. Sebagai tambahan kepada tawaran bantuan dua hala, kami juga bersedia menyokong usaha Asean untuk menggunakan mekanisme sedia ada bagi menyediakan bantuan kemanusiaan selaras dengan prinsip Piagam Asean,'' ujar Mindef.



Sumbangan Mindef itu bukanlah satu-satunya bantuan yang dihulur Singapura. Lebih $267,000 telah dikumpulkan melalui sumbangan kumpulan agama berbeza bagi membantu meringankan kesengsaraan mangsa krisis di Rakhine sebelum ini.



Daya usaha Yayasan Rahmatan lil Alamin (RLAF) itu disokong empat pertubuhan masyarakat dan agama serta institusi pendidikan.



RLAF menjalankan usaha pengumpulan dana khas selama seminggu dari 9 hingga 15 September lalu.



Menerusi bantuan orang ramai, lebih $209,000 berjaya dikumpulkan menerusi sumbangan wang tunai, cek dan secara dalam talian kepada RLAF serta kutipan khas di kesemua 71 masjid pada pertengahan bulan ini.



Jumlah tersebut dijangka lebih tinggi lagi, dengan sumbangan daripada 32 masjid belum diambil kira.



Badan Melayu/Islam setempat termasuk Badan Agama dan Pelajaran Radin Mas (Bapa), Global Ehsan Relief dan Syukran International telah mengusahakan bantuan kepada pelarian Rohingya di Rakhine.



Mereka menyertai RLAF dan Persatuan Palang Merah Singapura (SRC) yang mengusahakan bantuan serupa .



Sebagai tambahan kepada bantuan awal yang diberikan kepada Rakhine, baru-baru ini SRC juga memberi lagi barangan keperluan bernilai AS$20,000 ($26,800) kepada mangsa-mangsa keganasan.



Mercy Relief Singapura juga telah mengerahkan pasukan tiga orang untuk menjalankan pengagihan bantuan di Bangladesh, di mana lebih 436,000 anggota kaum Rohingya ditempatkan di kem-kem sementara.



Dengan $100,000 disalurkan kepada usaha bantuan itu, pasukan berkenaan akan memulakan pengagihan bekalan kritikal dan menjalankan pemeriksaan di sana.



Mereka akan mengagihkan barangan seperti kit-kit perlindungan dan lampu suria dengan kerjasama rakan dari Singapura, billionBricks dan Solight Asia.



Barangan bantuan lain termasuklah selimut dan kit peribadi bagi memenuhi keperluan kebersihan wanita.



Mereka juga akan disertai wakil billionBricks semasa operasi itu.



Mercy Relief menyatakan ia sedang melancarkan pungutan derma daripada orang ramai ramai di Singapura.



Dalam masa yang sama, agensi berita Reuters melaporkan agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), para diplomat dan wartawan asing diberi kebenaran memasuki wilayah Rakhine yang dikawal ketat tentera Myanmar.



Lawatan tersebut adalah yang pertama dilakukan sejak pembanjiran beramai-ramai Muslim Rohingya dari Rakhine ke Bangladesh.



PBB sudah pun mendesak dibenarkan masuk ke Rakhine sejak pertubuhan-pertubuhan bantuan kemanusiaan dipaksa berundur bulan lalu.



Ini menyusuli gerakan tentera ke atas militan Rohingya selepas serangan ke atas pusat-pusat pemeriksaan keselamatan.



Lawatan oleh agensi-agensi PBB dianjurkan oleh pemerintah Myanmar menjelang sidang khas Majlis Keselamatan mengenai krisis di Rakhine.



Laporan lain: AS gesa PBB ambil tindakan atas Myanmar




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >