Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

32,658 mati dalam serangan pengganas tahun lalu - tertinggi dalam sejarah

Nov 17, 2015 | 11:48 AM



LONDON: Bilangan orang yang dibunuh di serata dunia dalam serangan pengganas melonjak 80 peratus tahun lalu ke paras tertinggi, menurut Institut Ekonomi dan Keamanan pada Selasa (17 Nov).


Indeks Pengganasan Sejagat mendapati 32,658 orang dibunuh oleh pengganas pada 2014, meningkat daripada 18,111 pada tahun sebelumnya, peningkatan terbesar dalam rekod.


Kajian itu mentakrifkan pengganasan sebagai "ancaman atau penggunaan sebenar kekerasan dan keganasan haram oleh pelaku bukan negara bagi mencapai matlamat politik, ekonomi, agama, atau sosial melalui ketakutan, paksaan, atau ugutan".


Boko Haram, yang berpangkalan di Nigeria, dan kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) bertanggungjawab bagi lebih daripada separuh kematian itu, menurut kajian tersebut, yang mengukur serangan, kematian dan kerosakan daripada serangan pengganas di 162 negara.


"Pengganasan mendapat momentum pada kadar yang belum pernah berlaku," kata pengerusi eksekutif institut tersebut, Encik Steve Killelea.


Peningkatan itu menyusuli kenaikan peratus 61 peratus pada 2013.


Kajian itu mendapati pengganasan sangat tertumpu, dengan lima negara - Afghanistan, Iraq, Nigeria, Pakistan dan Syria - menyumbang 78 peratus kematian tahun lepas.


Iraq paling teruk terjejas dengan 9,929 kematian akibat pengganasan. Ia negara yang menderita paling paling banyak serangan dan kematian akibat pengganasan dalam sejarah.


Negara Barat menghadapi jauh lebih kurang risiko serangan, yang kemungkinan besar dilakukan sendirian oleh seseorang yang didorong esktremisme politik, nasionalisme atau ketuanan kaum dan agama, dan bukan fundamentalisme Islam, menurut kajian tersebut.


Britain mengalami bilangan terbesar insiden pengganasan di Barat, kebanyakannya berkaitan dengan kumpulan separa tentera republik Ireland di Ireland Utara.


Bagaimanapun, serangan di Paris, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 129 minggu lalu dan yang ISIS dakwa ia lakukan, boleh menjadi peristiwa penting, kara Encik Killelea.


"Insiden Paris dalam pelbagai cara adalah satu titik perubahan dalam Eropah. Ini menunjukkan bahawa ISIL mempunyai keupayaan melancarkan serangan canggih dan boleh membawa maut di Eropah," kata beliau, dengan menggunakan nama lain bagi ISIS.


Beliau memberi amaran pejuang asing yang telah pergi ke Iraq dan Syria, dianggarkan berjumlah antara 25,000 dan 30,000 sejak 2011, boleh terbukti menjadi risiko.


"Pejuang yang pulang dari Syria mempunyai latihan ketenteraan," ujar Encik Killelea.


Kajian itu menganggarkan kos ekonomi pengganasan berjumlah AS$52.9 bilion ($75 bilion), paras tertinggi sejauh ini dan bertambah 10 kali ganda sejak 2000. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >