Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

39 maut dalam nahas keretapi di India

Jan 23, 2017 | 10:19 AM



NEW DELHI - Seramai 39 penumpang terkorban dalam satu nahas kereta api di selatan India Ahad (22 Jan) - insiden terbaru dalam siri bencana yang melanda rangkaian kereta api negara itu.



Pasukan penyelamat masih berusaha mengeluarkan mangsa dari bangkai kereta api itu.



Pegawai-pegawai sedang menyiasat sama ada pemberontak Mao telah merosakkan landasan, selepas kereta api lapan gerabak Jagdalpur- Bhubaneswar Express tergelincir Sabtu malam.



Kemalangan itu berlaku berhampiran stesen keretapi Kuneru, sebuah kawasan terpencil di Vizianagaram, Andhra Pradesh.



Seorang pegawai kereta api, Mr J.P. Mishra, berkata kira-kira 50 orang yang cedera telah dipindahkan ke hospital berdekatan. Katanya, terdapat kira-kira 600 orang dalam gerabak yang tergelincir itu.



Kemalangan berlaku hanya dua bulan selepas hampir 150 orang terbunuh dalam bencana yang sama, menonjolkan keadaan keadaan buruk rangkaian kereta api itu - antara yang terbesar di dunia.



Rangkaian kereta api India masih merupakan bentuk perjalanan jarak jauh di negara yang luas itu, tetapi ia kurang biaya dan kemalangan maut berlaku agak kerap.



Pemerintah Perdana Menteri Narendra Modi telah berikrar untuk melabur AA$137 bilion ($196 bilion) dalam tempoh lima tahun untuk memodenkan landasan yang sudah usang dan menjadikannya lebih selamat dan pantas. - AFP, REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >