4 beranak maut lepas motosikal dinaiki 5 orang rempuh lori rosak

KENINGAU (Sabah): Tindakan lima anak-beranak menaiki sebuah motosikal tanpa memakai topi keledar berakhir dengan padah apabila empat daripada mereka, termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun, maut selepas motosikal itu merempuh belakang lori rosak dekat Simpang Kampung Daar, Tambunan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada 6.45 petang itu, mangsa, Encik Simon Sadi, 29 tahun, dan tiga anaknya - Aaron, enam tahun; Selvy, empat tahun; dan anak bongsunya berumur dua tahun - maut di tempat kejadian, manakala isterinya, Cik Suzana Damiaus, 25 tahun, cedera parah.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan