SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

4 hari berturut, jangkitan Covid-19 India naik lebih 400,000

4 hari berturut, jangkitan Covid-19 India naik lebih 400,000

May 10, 2021 | 5:30 AM

4 hari berturut, jangkitan Covid-19 India naik lebih 400,000

KRISIS WABAK: Pesakit Covid-19 mendapat bekalan oksigen di sebuah kuil Sikh di pinggir Delhi, sedang India mencatatkan lebih 400,000 kes Covid-19 baru sehari. - Foto EPA-EFE
KRISIS WABAK: Pesakit Covid-19 mendapat bekalan oksigen di sebuah kuil Sikh di pinggir Delhi, sedang India mencatatkan lebih 400,000 kes Covid-19 baru sehari. - Foto EPA-EFE -

MUMBAI: Bilangan kes Covid-19 di India naik lebih 400,000 buat empat hari berturut-turut pada Ahad (9 Mei) sedang beberapa negeri mengenakan sekatan ketat untuk membendung penularan virus itu.

Kementerian kesihatan India melaporkan 4,092 kematian dicatat dalam masa 24 jam, membawa jumlah kematian ke 242,362.

Bilangan kes naik sebanyak 403,738, meningkatkan jumlah jangkitan sejak permulaan pandemik itu ke 22.3 juta.

India telah dilanda teruk oleh gelombang Covid-19 kedua dengan kes dan kematian mencapai rekod tinggi setiap dua hari.

Dengan kekurangan oksigen dan katil di banyak hospital, dan bilik mayat serta tempat membakar mayat yang sarat, pakar berkata bilangan kematian dan kes Covid-19 yang sebenar mungkin jauh lebih tinggi.

Banyak negeri di India telah melaksanakan sekatan ketat sepanjang sebulan lalu untuk mengekang peningkatan dalam jangkitan manakala beberapa negeri lain telah mengumumkan sekatan ke atas pergerakan orang ramai dan menutup pawagam, restoran, pub dan pusat beli-belah.

Tetapi tekanan sedang meningkat ke atas Perdana Menteri Narendra Modi untuk mengumumkan sekatan di seluruh negara serupa dengan yang dilaksanakan semasa gelombang pertama tahun lalu.

India kelmarin melaporkan bilangan kematian sehari akibat Covid-19 yang tertinggi sebanyak 4,187.

Persatuan Perubatan India (IMA), badan untuk semua doktor dan pakar bedah konvensional, meminta sekatan pergerakan yang "lengkap, dirancang baik, diumumkan terlebih dahulu" di serata negara dan bukannya sekatan dan larangan pergerakan malam "sekali-sekala" yang dikenakan oleh negeri-negeri selama beberapa hari pada satu-satu masa.

"IMA terkejut melihat kelesuan yang melampau dan tindakan tidak sesuai daripada kementerian kesihatan dalam memerangi krisis ini yang timbul daripada gelombang kedua wabak Covid-19 yang dahsyat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Encik Modi telah menghadapi kritikan kerana membenarkan perhimpunan besar di sebuah festival keagamaan dan mengadakan perhimpunan pilihan raya besar sepanjang dua bulan lalu walaupun kes Covid-19 sedang melonjak.

Institut Penilaian dan Metrik Kesihatan menganggarkan bahawa India akan melihat 1 juta kematian Covid-19 menjelang Ogos.

Sokongan telah mencurah masuk dari serata dunia dalam bentuk silinder dan pemekat oksigen, pengalih udara dan peralatan perubatan lain untuk hospital yang terbeban.

Awal minggu lalu, Penasihat Saintifik Utama kepada pemerintah K. Vijay Raghavan berkata gelombang Covid-19 ketiga tidak dapat dielakkan di negara itu. - Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg