Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 kanak-kanak antara 18 maut nahas pesawat terhempas

Jan 3, 2020 | 12:27 PM
74749e4f-f6c0-4916-9351-c69cca0948f9
-

KHARTOUM: Empat kanak-kanak adalah antara 18 mangsa yang terbunuh semalam apabila sebuah pesawat pengangkut milik tentera Sudan terhempas, sejurus meninggalkan negeri Darfur Barat, kata jurucakap tentera.

Pesawat terbabit terhempas lima minit selepas meninggalkan lapangan terbang di ibu negeri El Geneina, bagi menyampaikan bantuan di kawasan berkenaan yang baru-baru ini berdepan tragedi berdarah, susulan pergaduhan antara kaum.

"Sebuah pesawat tentera Antonov 12 terhempas malam tadi selepas meninggalkan El Geneina dan membunuh kesemua tujuh kru, tiga hakim serta lapan orang awam, termasuk empat kanak-kanak," kata jurucakap tentera, Amer Mohammed Al-Hassan.

Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca nahas.- AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg