Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Dunia0

4 lagi meninggal dunia akibat Covid-19 di M’sia, 153 kes baru

Mar 21, 2020 | 09:56 PM

KUALA LUMPUR: Malaysia melaporkan lagi empat kes kematian berkaitan Covid-19 hari ini (21 Mac).

Ini bermakna jumlah kematian akibat koronavirus di negara itu kini mencapai lapan kes.
Demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi laman Facebook beliau.

Pesakit yang terkorban itu termasuk seorang wanita warga Malaysia berusia 79 tahun dan anak perempuannya berusia 40 tahun.

Seorang lelaki warga Malaysia berumur 57 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan hubungan dengan kes positif Covid-19 daripada kelompok tabligh serta seorang lagi lelaki warga Malaysia berusia 69 tahun daripada kelompok tabligh itu juga merupakan antara korban Covid-19 yang disahkan hari ini.

Sementara itu, terdapat 153 kes baharu yang dilaporkan sehingga 12 tengah hari tadi.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 1,183 kes, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berdasarkan siasatan awal, daripada 153 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 90 kes adalah berkaitan dengan kelompok perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Sebanyak 60 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kelompok dan masih lagi dalam siasatan bagi kepastian.

Sehingga kini, 19 kakitangan KKM dan lima petugas daripada kemudahan kesihatan swasta telah disahkan dijangkiti Covid-19.

Dua daripada 19 kakitangan KKM tersebut kini sedang dirawat di unit jagaan rapi (ICU).

Namun menurut KKM, punca jangkitan bagi kesemua 19 anggota kesihatan KKM terbabit bukan disebabkan mereka tidak mematuhi protokol semasa mengendalikan kes Covid-19.

Hasil siasatan yang dijalankan, kesemua mereka mempunyai hubungan rapat dengan mereka yang disahkan dijangkiti koronavirus itu daripada kelompok jemaah tabligh.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian