Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

4 mayat mangsa jambatan runtuh di Taiwan ditemui

Oct 02, 2019 | 12:13 PM



TAIPEI: Empat mayat berjaya ditemui dari bawah runtuhan jambatan di Taiwan, ketika pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari dua lagi mangsa yang hilang.



Agensi bomba kebangsaan berkata, dua mayat berjaya dibawa keluar dari kawasan perairan berhampiran bot yang tersangkut di bawah runtuhan jambatan.



Baki dua lagi mayat ditemui berhampiran bot yang rosak teruk di bawah serpihan runtuhan itu.



“Misi mencari dan menyelamat masih diteruskan,” kata Menteri Pengangkutan, Lin Chia-lung kepada wartawan.



Katanya, pihaknya sedang mengumpul bukti bagi mengenal pasti sama ada wujud kecuaian dalam insiden itu.



Kamera litar tertutup (CCTV) turut berjaya merakamkan insiden runtuhan jambatan sepanjang 140 meter, yang terletak di Nanfangao, di pantai timur Taiwan pada awal pagi semalam.



Rakaman itu menunjukkan, kabel yang dipasang secara menegak di tengah-tengah tiang besi pada jambatan berkenaan tercabut secara tiba-tiba.



Ia mengakibatkan sebahagian jambatan yang runtuh jatuh ke dalam air, lalu menghempap tiga bot menangkap ikan, selain sebuah kapal tangki minyak.



Insiden itu menyebabkan 12 mangsa cedera, termasuk enam warga Filipina dan tiga rakyat Indonesia, iaitu pekerja bot menangkap ikan, selain seorang pemandu kapal tangki dan dua kakitangan pengawal pantai. - AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >