Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

4 pegawai maut dalam serangan di pusat pemeriksaan Saudi

Apr 21, 2018 | 05:30 AM



RIYADH: Empat pegawai keselamatan Arab Saudi ditembak mati dan empat lagi cedera kelmarin apabila pusat pemeriksaan mereka diserang di wilayah selatan Asir, kata media negara itu, memetik Kementerian Dalam Negeri.



Tiga pegawai terbunuh serta-merta apabila pos tersebut diserang, lapor Saudi Press Agency (SPA), tanpa menyatakan siapa melakukan serangan tersebut.



"Pegawai keselamatan telah berjaya mengenal pasti beberapa suspek yang terbabit dalam jenayah itu dan menangkap dua daripada mereka, kedua-dua warga Saudi," kata SPA.



"Demi kepentingan penyiasatan, nama mereka tidak boleh didedahkan."



Suspek ketiga, warga Arab Saudi, melepaskan tembakan ketika cuba melarikan diri, membunuh seorang lagi pegawai dan mencederakan empat yang lain, tambah SPA.



Serangan itu berlaku sedang Arab Saudi terlibat dalam konflik panjang di negara jirannya di Yaman, yang disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia.



Pada Mac 2015, Arab Saudi melancarkan perikatan negara-negara Arab yang berjuang menentang pemberontak Houthi yang disokong Iran di Yaman dan memulihkan semula kuasa pemerintah negara itu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.



Riyadh dan saingannya Teheran menyokong pasukan bertentangan dalam pelbagai kawasan titik panas di seluruh Timur Tengah, termasuk Lebanon, Syria, Iraq dan Yaman.



Sejak akhir 2014, kumpulan militan ISIS mendakwa melakukan siri pengeboman dan tembakan terhadap kaum Syiah dan pasukan keselamatan di Arab Saudi, negara majoriti Sunni.



Pada November lalu, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, berikrar akan "mengejar pengganas hingga mereka dilenyapkan dari muka bumi". - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >