Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

40 sekolah di Canada ditutup disebabkan ancaman bom

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

40 sekolah di Canada ditutup disebabkan ancaman bom

Nov 04, 2015 | 03:26 PM

MONTREAL: Kira-kira 40 sekolah ditutup pada Selasa (3 Nov) di Quebec disebabkan ancaman bom, kata menteri keselamatan awam wilayah Canada itu.

Bagaimanapun, tiada bahan letupan ditemui selepas polis menjalankan carian menyeluruh, dan banyak sekolah dibuka semula pada tengah hari.

Menteri Keselamatan Awam Quebec, Encik Pierre Moreau, berkata sebuah "kumpulan" tidak diketahui polis membuat ancaman dalam e-mel yang dihantar kepada pentadbir sekolah di Quebec dan wilayah jiran Ontario, yang mengatakan mereka menentang kurikulum sekolah.

Quebec dan Ontario dicengkam pertikaian buruh sedang dua wilayah itu merundingkan perjanjian bersama baru dengan guru.

Ancaman bom itu mungkin palsu, ujar Encik Moreau, "tetapi ia dipandang serius' oleh polis Quebec, yang kini sedang menyiasat dersama Polis Berkuda Diraja Canada. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3