Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

40 warga Indonesia selamat dibawa pulang dari Lebanon

Oct 8, 2024 | 1:08 PM
Seramai 40 warga Indonesia yang dibawa keluar dari Lebanon, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 7 Oktober.
Seramai 40 warga Indonesia yang dibawa keluar dari Lebanon, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 7 Oktober. - Foto REUTERS

TANGERANG: Seramai 40 warga Indonesia dan seorang warga Lebanon – isteri warga Indonesia – yang dibawa keluar dari Lebanon selamat tiba di Indonesia, kata Kementerian Luar Indonesia pada 7 Oktober.

Bercakap di Tangerang, Banten, pengarah perlindungan warga Indonesia dan entiti undang-undang kementerian tersebut, Encik Judha Nugraha, berkata semua warga Indonesia itu – 38 dewasa dan dua kanak-kanak – dibawa pulang dengan dua penerbangan komersial.

Pegawai itu seterusnya berkata bahawa pejabatnya setakat ini telah memindahkan 65 warga Indonesia dari Lebanon sejak Kedutaan Indonesia mengisytiharkan status kecemasan di Beirut berikutan keadaan keselamatan yang semakin teruk akibat serangan Israel.

Bagaimanapun, tambahnya, 116 warga Indonesia yang menetap di Lebanon memilih untuk tinggal di negara Timur Tengah itu walaupun berlaku ketegangan antara Hezbollah dengan tentera Israel.

Encik Nugraha berkata, warga Indonesia, termasuk pelajar dan pekerja, enggan menyertai pemindahan atas sebab peribadi.

Kesemua yang dibawa pulang itu tiba pada 7 Oktober di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang, masing-masing pada 7.49 pagi dan 3.30 petang.

“Kami telah melalui proses rumit dan panjang untuk memindahkan mereka melalui darat dari Beirut ke Damsyik di Syria sebelum menghantar mereka pulang ke Indonesia melalui Amman di Jordan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pemerintah Indonesia akan terus berusaha untuk membawa pulang semua warga Indonesia dari Lebanon, selaras dengan undang-undang yang mewajibkan negara menyelamatkan rakyat daripada kawasan berbahaya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg