SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

450,000 penduduk Saudi mohon bagi 60,000 tempat haji tahun ini

450,000 penduduk Saudi mohon bagi 60,000 tempat haji tahun ini

Jun 17, 2021 | 5:30 AM

450,000 penduduk Saudi mohon bagi 60,000 tempat haji tahun ini

41f931a4-e4f0-4a2e-aa60-96297847f849
-

JEDDAH: Sebanyak 450,000 permohonan haji diterima dalam tempoh 24 jam menerusi sebuah portal haji domestik, kata Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Kementerian itu berkata, permohonan daripada kaum lelaki adalah berjumlah 60 peratus manakala selebihnya adalah kaum wanita, lapor Arab News.

Tahun ini, pendaftaran untuk mengerjakan haji dihadkan kepada 60,000 orang dan hanya dibuka kepada rakyat negara itu dan pemastautin bagi mengekang pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr Abdulfattah Mashat, berkata hanya mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan masuk ke kota suci itu pada musim ini.

Dr Mashat, dalam temubual bersama Al-Ekhbariya TV berkata, ini kerana kanak-kanak bukan dalam kumpulan yang menerima vaksin sekali gus tidak dibenarkan memasuki kota suci itu.

Katanya, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang berusia 50 tahun ke atas dan belum pernah menunaikan haji.

Antara individu yang sudah mendaftar ialah Pegawai Kanan Budaya di Bupa Arabia, Encik Mohammed Gamlo, 25 tahun, yang berkata bilangan jemaah haji yang sedikit akan menyenangkan perjalanan ibadah berkenaan dan tidak mungkin berlaku lagi pada masa akan datang.

"Namun, saya tidak tahu sama ada terpilih atau tidak menunaikan haji bagi tahun ini. Apabila kementerian membuat pengumuman, saya berpendapat, saya perlu menjadi orang pertama yang mengerjakan haji.

"Setiap kali saya cuba untuk mengerjakan haji, ia tidak pernah terjadi," katanya yang memberitahu ini adalah kali pertamanya menunaikan haji jika dipilih.

Persiapan Kementerian Haji dan Umrah bagi pelaksanaan ibadah dijangka berlanjutan sehingga akhir minggu ini, bagi memastikan semua perkara mematuhi syarat dan standard kesihatan demi menjaga kebajikan jemaah haji.

Pendaftaran haji itu perlu disempurnakan sebelum 23 Jun ini dan untuk menghalang pembatalan, satu pakej mesti dibeli dalam tempoh tiga jam pemilihan dilaksanakan.

Langkah itu untuk mengekang penularan varian baru Covid-19 daripada terus merebak di merata dunia.

Sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, kesemua 60,000 jemaah yang akan dibenarkan mengerjakan haji tahun ini perlu divaksinasi terlebih dahulu dan dipastikan tidak menghidap sebarang penyakit kronik, serta berusia antara 18 hingga 65 tahun.

Tahun lalu, hanya 10,000 rakyat Saudi dan mereka yang bermastautin di negara itu dibenarkan mengerjakan haji dalam keadaan langkah-langkah membendung Covid-19 yang ketat.

Ini termasuk mengasingkan jemaah haji, seminggu sebelum kemuncak ibadah haji dan pelaksanaan ujian koronavirus yang kerap sebelum dan sesudah selesainya semua rukun-rukun haji. - Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg