KUALA LUMPUR: Seramai 46 orang rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan Daesh atau ISIS dikesan masih berada di Syria, kata Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kaunter Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata bahawa mereka ialah antara 73 rakyat negara ini yang telah dikenal pasti menyertai kumpulan militan itu.