PARIS: Rakyat Perancis keluar mengundi semalam dalam Pilihan Raya Presiden yang penting dalam menentukan masa depan negara yang kini berbelah-bahagi, selain menentukan nasib Kesatuan Eropah (EU).
Keputusan sekitar 47 juta pengundi akan mendapat perhatian dunia kerana ia isyarat sama ada sentimen populis yang melihat Britain keluar daripada EU dan Encik Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat masih menebal atau mula reda.