Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

5 dihukum mati bunuh Jamal Khashoggi

Dec 24, 2019 | 02:00 PM



RIYADH: Pendakwa raya awam Arab Saudi berkata lima orang dihukum mati dan tiga lagi dihukum penjara selama 24 tahun susulan kes pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi di Istanbul pada Oktober tahun lalu.


“Mahkamah memerintahkan hukuman mati terhadap lima lelaki yang terbabit secara langsung dalam pembunuhan itu,” kata pendakwa raya dalam satu kenyataan semalam.


Sebelum ini pendakwa raya Arab Saudi berkata, timbalan ketua perisikan, Ahmed al-Assiri yang memantau pembunuhan penulis Washington Post itu, Oktober 2018 dan beliau menerima arahan pembantu putera mahkota, Saud al-Qahtani.


Kenyataan menambah, bagaimanapun, Qahtani disiasat tetapi tidak didakwa ‘kerana kekurangan bukti’ manakala Assiri disiasat dan didakwa tetapi akhirnya dibebaskan atas alasan sama.


Daripada 11 individu tidak dinamakan dalam kes itu, lima daripadanya dijatuhi hukuman mati, tiga berdepan hukuman penjara 24 tahun dan yang lain dibebaskan.- AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >