DUBAI: Lima negara - Arab Saudi, Mesir, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Yaman dan Bahrain - serentak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar dan menuduh negara itu melindungi pengganas dan campur tangan dalam ehwal dalaman negara mereka.
Langkah drastik itu diambil selepas pertelingkahan berhubung sokongan Qatar ke atas kumpulan Ikhwanul Muslimin dan menuduh Doha menyokong agenda musuh ketat mereka, Iran.