Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

5 terkorban dalam nahas yang melibatkan pemandu tiada lesen

Aug 15, 2019 | 02:26 PM



LIMA pemotong rumput terkorban di Songkhla, Selatan Thailand, akibat kemalangan jalan raya yang disebabkan seorang pemandu Malaysia yang tidak mempunyai lesen yang sah.



Wanita berusia 30 tahun itu didakwa memandu dengan cuai mengakibatkan kematian dan kerosakan harta awam selain menghadapi hukuman penjara 10 tahun dan denda tidak lebih 20,000 baht ($900), jika disabit kesalahan.



Wanita itu dilarang meninggalkan Thailand sehingga kesnya selesai.



Dia harus membayar wang sagu hati sebanyak 250,000 baht ($11,260) tunai kepada keluarga mangsa. 



Dia turut dikenakan denda 200 baht ($9) kerana memandu tanpa lesen sah.



Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel, berkata kedutaan akan memantau kes tersebut dan akan memberi bantuan sewajarnya.



Semalam (14 Ogos), wanita itu dan dua orang rakannya sedang dalam perjalanan dari Krabi ke Hatyai, Songkhla apabila kereta yang mereka naiki melanggar lima pemotong rumput yang sedang berehat di tepi Jalan Asia, Daerah Rattaphum, Songkhla.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >