50 askar AS disahkan kecederaan otak traumatik setelah serangan di Iraq, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Dunia0

50 askar AS disahkan kecederaan otak traumatik setelah serangan di Iraq

Jan 29, 2020 | 03:47 PM

WASHINGTON: Pentagon berkata Selasa (28 Januari) seramai 50 anggota tentera Amerika Syarikat (AS) disahkan mengalami kecederaan otak traumatik selepas kejadian serangan peluru berpandu oleh Iran di pangkalan Iraq pada awal Januari lalu.

Jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonel Thomas Campbell dalam satu kenyataan berkata, sebahagian daripada anggota tentera ini masih menjalani rawatan, sementara ada yang sudah kembali bekerja.

“31 daripada anggota dirawat di Iraq dan sudah mula bekerja, termasuk 15 daripada mereka baru disahkan mengalami kecederaan otak.

“Seramai 18 daripada anggota tentera dihantar ke Jerman dan seorang di Kuwait untuk rawatan susulan serta dilaporkan sudah mula bekerja, ”katanya.

Gejala kecederaan otak itu termasuk sakit kepala, pening, mual dan sensitif terhadap cahaya.

Discover Malay Home Based Businesses

Menurut data yang dikeluarkan oleh Pentagon, seramai 408,000 anggota tentera AS disahkan dengan kecederaan otak traumatik sejak 2000. - Reuters

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map