Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

50 petugas Hospital Klang dijangkiti Covid-19

Dec 17, 2020 | 10:13 PM



SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesahkan jangkitan Covid-19 dalam kalangan pesakit dan petugas kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.



Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman, berkata ketika ini, seramai 50 petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19 dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.



"Siasatan oleh pasukan JKNS dan HTAR tidak dapat mengenal pasti punca jangkitan petugas kesihatan berkenaan, sama ada berlaku sebelum pesakit dimasukkan ke dalam hospital ataupun semasa pesakit berada dalam tempoh inkubasi iaitu selama 14 hari, namun keadaan terkawal.



"Kesemua kontak menjalani ujian swab dan diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO), malah semua pesakit yang merupakan kontak kepada kes juga menjalani ujian swab yang sama.



"Pengurusan rawatan pesakit di HTAR masih diteruskan dan berada dalam keadaan terkawal," katanya.



Dr Sha'ari berkata, pihak hospital sentiasa berwaspada dan memastikan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan pemakaian alat pelindung diri sentiasa dipatuhi.



"Kedudukan daerah Klang yang berada dalam zon merah serta peningkatan kes-kes jangkitan pernafasan akut yang teruk mendapat rawatan di HTAR mengakibatkan kebarangkalian peningkatan kes COVID-19," katanya.



Beliau juga menasihatkan orang awam untuk tidak hadir ke hospital sekiranya tiada urusan penting.



"Orang awam juga diminta untuk tidak menularkan sebarang berita yang tidak sahih supaya tidak mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.



"Pihak JKNS akan sentiasa memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan dalam kalangan petugas kesihatan dan pesakit di kawasan hospital," katanya. - BERITA HARIAN MALAYSIA



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >