Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Dunia

6 anggota bomba Malaysia lemas semasa cari remaja yang jatuh ke dalam lombong

Oct 04, 2018 | 12:52 PM

SERDANG: Enam penyelam bomba lemas semasa menjalankan operasi menyelamatkan seorang remaja yang dilaporkan tergelincir ketika memancing di lombong di Taman Putra Perdana.

Ketua Polis Daerah Sepang Penolong Pesuruhjaya Abdul Aziz Ali berkata ketika kejadian kira-kira 9.15 malam tadi (3 Oktober) itu, enam penyelam berkenaan baru lima minit berada dalam air.

"Namun, secara tiba-tiba datang arus deras menyebabkan semua mangsa terbelit tali yang dipasang antara satu sama lain, yang dipercayai menjadi punca peralatan menyelam dipakai mereka tertanggal," katanya.

Tambahnya, beberapa anggota bomba lain cuba menarik tali yang mengikat semua mangsa tetapi tidak berjaya kerana tekanan arus yang terlalu kuat.

Mereka akhirnya berhasil menarik naik mangsa yang pertama kira-kira setengah jam kemudian, disusuli dengan yang lain.

Anggota paramedik yang berada di lokasi turut cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) tetapi semua mangsa tetap sedar dan mereka kemudian disahkan meninggal dunia. - BHM

Artikel Terkini