KUALA LUMPUR: Enam lelaki, termasuk dua beradik dan seorang remaja berusia 17 tahun yang disyaki menganggotai kumpulan pengganas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang kelmarin atas pertuduhan merancang tindakan ganas di Malaysia, bulan lalu.
Mereka merupakan sebahagian daripada sekumpulan rakyat negara itu yang ditangkap ketika sedang menguji bahan letupan di sebuah kawasan terpencil Gunung Nuang, di Hulu Langat.