Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

6 termasuk Haziq direman berhubung siasatan video seks gay

Jul 15, 2019 | 02:37 PM



KUALA LUMPUR: Polis hari ini menerima arahan reman 6 individu termasuk bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Aziz, selepas mereka ditahan semalam tadi berhubung siasatan video seks gay yang disasarkan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.



Menurut laporan media Malaysia, mereka disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia kerana mengedar dan memiliki bahan pornografi.



Kesemua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret di Jalan Duta dan akan menghabiskan 6 hari berikutnya dalam tahanan polis.



Difahamkan salah seorang daripada mereka adalah pemimpin bahagian PKR di Selangor.



Semalam, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti dalang di sebalik penyebaran klip video seks sejenis menyasarkan seorang menteri kanan pada bulan lalu.



Katanya, penyebaran video itu dibuat melalui pakatan tertentu dan beberapa individu sudah ditahan, tetapi beliau enggan mendedahkan identiti mereka.



“Ada bayangan siapa bertanggungjawab. Ada bentuk pakatan di belakangnya berdasarkan nombor telefon yang digunakan.



“Ada beberapa orang yang ditahan dan sudah dilepaskan, tetapi saya kurang pasti berapa orang,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >