Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Dunia

65 kes disahkan dijangkiti virus dari Wuhan

Jan 19, 2020 | 01:45 PM

BEIJING: Pihak berkuasa dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata sejenis koronavirus merupakan punca penyakit pneumonia di bandar Wuhan, yang bermula sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

Namun pegawai kesihatan berkata virus tersebut tidak seteruk jenis koronavirus lain seperti Sars, yang telah meragut nyawa 800 orang seluruh dunia pada 2002/2003, yang juga berasal dari China. 

Sejauh ini, 65 kes telah disahkan di mana pesakit menghidapi pneumonia berpunca dari jenis koronavirus itu. 

Semua pesakit merupakan penduduk Wuhan atau mereka yang mengunjungi kawasan tersebut. 

Simptom yang dialami termasuk demam, batuk dan kesukaran bernafas. 

Di kalangan 62 pesakit di Wuhan, dua telah meninggal dunia dan 19 yang lain sudah keluar hospital. 

Thailand juga telah melaporkan dua kes pneumonia, kededuanya merupakan pelancong dari Wuhan. 

Jepun juga telah mengesahkan satu kes di mana warga Jepun yang telah mengunjungi Wuhan dijangkiti virus tersebut. 

Pihak berkuasa China berkata penyakit tersebut berkait rapat dengan pasar makanan laut di Wuhan, namun beberapa pesakit yang disahkan dijangkiti menafikan sebarang pendedahan kepada pasar tersebut. - Agensi Berita 

Artikel Terkini