7 korban letupan bom kereta di Sinai
Jul 26, 2017 | 05:30 AM
KAHIRAH: Tujuh orang awam, termasuk dua kanak-kanak, terbunuh selepas sebuah kereta meletup berhampiran pusat pemeriksaan tentera di utara Sinai.
Menurut satu kenyataan tentera Mesir, kejadian itu berlaku kira-kira 200 meter dari lokasi sasaran ketika anggota tentera Mesir menahan sebuah kenderaan menggunakan kereta kebal.