Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

7 mati ditembak di gereja Jerman

Mar 11, 2023 | 05:30 AM



BERLIN: Beberapa orang terbunuh berikutan kejadian tembakan di sebuah gereja Jehovah's Witness dekat Hamburg di utara Jerman, pada Khamis. Motif serangan itu masih belum jelas, kata polis di sini.



Pelakunya yang mungkin antara mereka yang terbunuh itu, kata polis sambil menambah beberapa orang lagi cedera parah.



Namun polis enggan mengatakan berapa ramai yang terbunuh.



Laporan akhbar The Bild mengatakan bahawa tujuh orang terbunuh dan lapan lain cedera dalam kejadian tembakan di Dewan Kingdom di gereja Jehovah's Witness itu.



Polis menerima panggilan sekitar 9 malam waktu tempatan (waktu Singapura 4 pagi, Jumaat), kata seorang jurucakap polis.



Polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati beberapa orang cedera parah dan beberapa yang lainnya mati.



"Mereka kemudian terdengar bunyi tembakan dari arah atas bangunan, lalu berkejar ke sana dan menemui seorang lagi di situ," kata jurucakap polis itu.



Agensi berita Jerman, DPA, memetik seorang wartawan di tempat kejadian sebagai berkata penduduk tempatan di daerah utara Alsterdorf di Hamburg telah menerima amaran pada telefon bimbit mereka mengenai "ancaman mati". Sejurus itu, jalan-jalan raya di situ dikepung.



Rakaman televisyen menunjukkan puluhan kenderaan polis serta kereta bomba telah mengepung jalan dengan beberapa orang kelihatan diselubungi selimut. Mereka telah diarahkan oleh anggota pasukan kecemasan untuk bergerak menuju ke sebuah bas.



"Kami terdengar bunyi beberapa das tembakan," kata seorang saksi yang tidak diketahui namanya kepada wartawan.



"Terdengar kira-kira 12 das tembakan...kemudian kami melihat orang keluar membawa beg hitam," ujarnya.



Jerman telah digegarkan dengan beberapa kejadian tembakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



Pada Februari 2020, seorang bersenjata yang disyaki ada hubungan dengan sebuah kumpulan berhaluan kanan telah menembak mati sembilan orang, termasuk seorang pendatang dari Turkey, di sebuah bandar di barat Hamau, sebelum menembak mati ibu dan dirinya sendiri.



Pada Oktober 2019, seorang yang bersenjata menembak mati dua orang setelah melepaskan tembakan di sebuah kawasan terbuka di luar rumah ibadat Yahudi di bandar timur Halle, pada hari kebesaran agama Yahudi, Yom Kippur.



Datuk bandar Hamburg, Encik Peter Tschentscher, melahirkan rasa terkejutnya.



"Saya merakamkan rasa simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa.



"Pihak berkuasa sedang bertungkus-lumus untuk segera mengesan pelakunya dan menjelaskan keadaan sebenar," kata beliau menerusi Twitter. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >