Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

7 negeri di Malaysia masih terjejas oleh banjir, lebih 3,500 mangsa dipindah

Nov 18, 2022 | 04:27 PM



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadma), berkata Perak, Selangor, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Sarawak masih lagi terjejas dilanda banjir dengan 3,546 mangsa daripada 1,047 keluarga dilaporkan mendapat perlindungan di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga tengahari Jumaat (18 Nov).


Nadma, dalam satu kenyataannya juga menyebut tiga buah pusat PPS telah ditutup, sementara 11 buah PPS baru dibuka di merata negara.


Nadma juga memaklumkan bahawa Jabatan Pengairan dan Parit (JPS) melaporkan sehingga tengah hari Jumaat, 13 batang  sungai berada pada paras bahaya, melibatkan Sarawak (di Long Teru dan Marudi, Miri); Pahang (Sungai Serting di Padang Gudang Bridge, Bera); Johor (Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat); Negeri Sembilan (Sungai Linggi di Pekan Linggi, Port Dickson); dan Melaka (Sungai Melaka di Melaka Pindah (Alor Gajah) dan Sungai Melaka di Batu Hampar (Pusat Melaka).


Nadma juga telah mengingatkan penduduk supaya terus berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi arahan dari masa ke masa.


Pengguna jalan raya juga diminta supaya mematuhi arahan dan merujuk kepada maklumat bencana sebelum memulakan perjalanan. – Agensi berita.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >