TUJUH penumpang penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang terhempas di timur Ukraine semalam sedang menuju ke Singapura melalui Kuala Lumpur.
Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka adalah warga Belanda, lapor The Straits Times.
Namun, tidak pula diketahui jika sebarang daripada empat yang lain sama ada merupakan warga Singapura.
Saudara mara dan rakan-rakan yang tiba di Lapangan Terbang Changi pagi tadi telah diuruskan oleh para pegawai lapangan terbang.
Seramai 283 penumpang dan 15 krew penerbangan MH17 terhempas di Ukraine semasa terbang lalu di zon konflik di timur negara itu, di mana pemeberontak pro-Russia sedang berjuang di kawasan yang dikuasai oleh pemerintah Kiev.
MAS masih belum mengesahkan kewarganegaraan 41 lagi penumpang.
Namun, kebanyakan penumpang merupakan warga Belanda, manakala kesemua anak kapal adalah warga Malaysia.