700,000 lagi mungkin maut di Eropah akibat Covid-19: WHO, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

700,000 lagi mungkin maut di Eropah akibat Covid-19: WHO

Nov 25, 2021 | 05:30 AM

COPENHAGEN: Eropah terus dicengkam Covid-19 dengan angka korban di benua itu boleh mencecah 2.2 juta pada musim sejuk ini jika trend jangkitan yang sedang diperhatikan pada masa ini berterusan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sekitar 700,000 orang boleh meninggal dunia akibat Covid-19 dalam beberapa bulan akan datang, kata WHO lagi, dengan beberapa negara di Eropah mula melaksanakan semula sekatan pergerakan ke atas penduduknya.

Bercakap kepada agensi berita Reuters, WHO berkata ia menjangka unit jagaan rapi di hospital di 49 daripada 53 negara Eropah menjadi amat tertekan antara bulan ini hingga 1 Mac 2022.

Angka korban yang dilaporkan oleh negara-negara yang sama pula dijangka mencecah 2.2 juta sehingga musim luruh pada tahun depan, kata WHO.

Angka korban yang diramalkan ini adalah lebih tinggi daripada angka korban 1.5 juta pada masa ini.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Institut Penilaian dan Metrik Kesihatan telah melaporkan perangkaan terkininya yang menunjukkan Covid-19 sebagai penyebab utama kematian di Eropah.

Bilangan kes Covid-19 yang melonjak di benua itu pada masa ini antaranya disebabkan varian Delta yang mudah berjangkit, perlindungan vaksin yang semakin berkurangan di kalangan penduduk Eropah dan tindakan pihak berkuasa melonggarkan aturan keselamatan seperti memakai pelitup dan jarak selamat di tempat awam.

Sementara itu, data WHO pula menunjukkan bilangan kematian yang disebabkan Covid-19 telah bertambah hampir 42,000 sehari pada minggu lalu, seganda lebih tinggi berbanding sekitar 2,100 kematian sehari yang dirakamkan akhir September lalu.

WHO juga berkata ada bukti perlindungan yang diberikan menerusi vaksinasi telah berkurangan.

"Keadaan Covid-19 di Eropah dan beberapa negara di Asia adalah amat serius," kata pengarah WHO di Eropah Encik Hans Kluge, menerusi satu kenyataan.

Beliau menggesa pihak berkuasa di Eropah dan negara lain yang mengalami bilangan jangkitan yang melonjak supaya menangani keadaan itu dengan melaksanakan semula vaksinasi, penjarakan sosial dan penggunaan pelitup, selain menggalak penduduk kerap membasuh tangan.

WHO berkata penggunaan pelitup boleh mengurangkan kadar jangkitan Covid-19 sehingga 53 peratus, berdasarkan satu kajian yang dilakukan baru-baru ini.

Lebih 160,000 kematian pula boleh dicegah menjelang 1 Mac nanti, jika 95 peratus orang di Bumi menggunakan pelitup, kata WHO.

Dalam pada itu, beberapa negara di Eropah sedang menghadapi tentangan dari penduduknya untuk melaksanakan panduan yang diberikan WHO.

Ribuan orang kini sedang membantah pelaksanaan vaksin mandatori di beberapa tempat awam di Austria, Belanda, Belgium Denmark Italy, Switzerland dan Croatia, menurut laporan dari beberapa agensi berita. - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map