Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

8 askar Mesir maut dalam letupan bom kereta

Nov 25, 2016 | 09:53 AM



KAHERAH: Lapan askar Mesir terbunuh dalam satu serangan bom kereta yang menyasarkan sebuah pusat pemeriksaan di Sinai, tempat kerabat tempatan kumpulan pengganasn Negara Islam di Iraq dan kumpulan Syria (ISIS) sedang mengetuai satu pemberontakan, kata tentera pada Khamis (24 Nov).

"Satu kumpulan pengganas bersenjata menyerang salah satu daripada pusat pemeriksaan keselamatan di utara Sinai," kata jurucakap tentera.

"Satu serangan bom kereta, pertempuran yang tercetus dan letupan yang menyasarkan salah satu kenderaan menyebabkan lapan anggota bersenjata mati," katanya.

Tiga militan turut terbunuh dalam pertempuran itu, ujar beliau.

Pihak tentera tidak mendedahkan di mana di utara Sinai serangan itu berlaku.

Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

Tentera sedang menentang pemberontakan di utara Sinai yang meningkat sejak penggulingan Presiden Mohamed Morsi oleh tentera pada 2013.

Pemerintah Mesir berkata beratus-ratus polis dan askar terbunuh dalam seangan pemberontakan itu, yang turut melanda Kaherah dan Delta Nil.

Kerabat ISIS di Mesir mendakwa kebanyakan serangan itu dilakukan mereka.

ISIS juga berkata ia bertanggungjawab menembak jatuh sebuah pesawat Russia di ruang udara Sinai pada Oktober 2015.

Serangan itu mengorbankan semua 224 orang dalam pesawat tersebut, sebahagian besar mereka pelancong Russia. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >